Selamat Datang!

Selamat Datang!

Sunday 1 May 2011

Majlis Perpisahan Guru Praktikum - Nadzmi dan Firdaus

SKC telah mengadakan majlis perpisahan Guru Praktikum iaitu Saudara Nazmi dan Saudara Firdaus yang telah menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di SK Clifford. Kedua-dua guru pelatih ini belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Perak dan mengambil Opsyen Pendidikan Jasmani.Saudara Nadzmi yang berasal daripada Kedah telah banyak membantu dalam permainan bola sepak dan telah berjaya membantu Pasukan Bola Sepak Sekolah untuk mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan peringkat Zon Kuala Kangsar. Manakala Saudara Firdaus yang berasal daripada Perlis pula telah banyak menaburkan bakti dalam sukan bola tampar. Kami warga SKC mengucapkan ribuan terima kasih, dan jasa kalian tidak mungkin akan dapat kami balas. Semoga anda tidak sesekali akan melupakan SKC dan datanglah jika ada kesempatan lagi :)

*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas




Bacaan doa oleh Ust. Wan Azizan
Pengerusi Majlis - CIk Imbamalar

Ucapan Pengerusi Kelab Guru, En. Mohd Sirajuddin
Ucapan Wakil Guru Praktikum, Saudara Nadzmi

Saudara Firdaus
Saudara Nadzmi
Bergambar Kenangan

1 komen:

EnGulakapas said...

bila lah sy dpt singgah sini lg