Panorama SK Clifford

Lawatan Maya ke SK Clifford.

Lagu dan Logo Sekolah

Clifford Tercinta.

Pencapaian SK Clifford Kuala Kangsar

Ketahui pencapaian murid dan guru SK Clifford.

Selamat Datang!

Selamat Datang!
Showing posts with label Pencapaian SKCKK. Show all posts
Showing posts with label Pencapaian SKCKK. Show all posts

Thursday, 17 November 2011

UPSR 2011

Senarai Nama Murid Yang Mendapat 5A UPSR 2011:
1. Afiq Afifi Bin Ishak
2. Ahmad Faris Syazwan Bin Muhammad Sawari
3. Mohamad Ahnaf Najian Bin Ghuzlan
4. Muhammad Hakim Bin Ramli
5. Muhammad Hisyamuddin Bin Ibrahim
6. Muhammad Shukrul Khair Bin Abdul Sukor
7. Puvendran a/l Ramachandran

4A 1B:
1. Khairul Hidayat Bin Khairuddin
2. Muhammad Imran Bin Jamaluddin
3. Muhammad Nabil Bin Ahmad Subhi

Tahniah diucapkan buat semua murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2011. Buat anak didik kami yang lain, jangan pernah berputus asa kerana ini hanyalah permulaan cabaran besar yang bakal ditempuh. Tahniah buat semua murid, guru yang banyak mengorbankan masa, wang dan tenaga, juga buat ibubapa yang senantiasa membantu dan menyokong. Kami warga SKC sangat berbangga dengan pencapaian ini, dan semoga SKC akan terus gemilang.



Gambar sekitar hari pengumuman keputusan: (Sila klik 'read more' untuk lihat gambar)

Monday, 16 May 2011

Pertandingan Eureka REEE @ SK Sultan Idris II

SKC telah menyertai pertandingan Eureka REEE yang telah diadakan di SKSI II, Kuala Kangsar. Terdapat 4 sekolah yang telah menyertai pertandingan ini, dan SKC kurang bernasib baik apabila cuma mendapat hadiah saguhati. ohan telah dimenangi oleh tuan rumah sendiri. Sekalung tahniah diucapkan buat peserta-peserta pertandingan dan juga tahniah bat pengurus pasukan, En. Nor Azaman dan En. Nasrul Fitri. Semoga SKC akan lebih beraya di masa akan datang.

Gambar-gambar sekitar pertandingan, sila klik 'Read More' untuk baca selanjutnya.

Friday, 22 April 2011

Keputusan Ujian Selaras 1

Bilangan 5A mengikut tahun:

Tahun 1 - 3 Orang
Tahun 2 - 1 Orang
Tahun 3 - 2 Orang
Tahun 4 - 0 Orang
Tahun 5 - 0 Orang
Tahun 6 - 2 Orang

Tahniah buat semua murid yang telah mendapat keputusan cemerlang. Buat murid lain, teruskan usaha. Semoga kita akan memperoleh keputusan yang lebih baik pada peperiksaan PKSR kelak.

Thursday, 21 April 2011

Pertandingan Sepak Takraw MSSPK

Alhamdulillah, Pertandingan Sepak Takraw MSSPK baru sahaja melabuhkan tirainya. Pertandingan ini telah dijalankan di SMK Tsung Wah Persendirian, Kuala Kangsar. 3 orang murid SK Clifford telah mewakili daerah Kuala Kangsar, iaitu Aniq Mirza, Norhakimi dan Mohd Irsyad. Walaupun daerah Kuala Kangsar tidak begitu bernasib baik dalam pertandingan kali ini, warga SKCKK tetap mengucapkan tahniah buat wira-wira sekolah dan buat pengurus pasukan, Ust. Hisham. Semoga SKCKK akan terus maju dan jaya dalam sukan sepak takraw.

Sekitar hari pertandingan:






Saturday, 9 April 2011

Pasukan Sepak Takraw 2011 - Johan Daerah Kuala Kangsar

Pasukan Sepak Takraw 2011 telah menjadi Johan Daerah Kuala Kangsar. Pada perlawanan akhir, Pasukan Sepak Takraw SKC telah berjaya menewaskan  SK Pos Kuala Mu (2-0) yang diwakili oleh 'Regu B' (Md. Norhakimi, Aniq Mirza, Md. Azrin Kaharmuzakar, Syafiq Azri)

3 pemain telah terpilih ke pertandingan peringkat Negeri Perak yang akan dilangsungkan di Dewan Kg Basung pada hari Jumaat, 15 April kelak. Mereka yang terpilih adalah Aniq Mirza, Irsyad Yasen dan Md. Norhakimi Sairi.

Pengurus Pasukan: En. Abdul Manaf
Jurulatih: Tn. Hj. Ahmad Hisham

Sekitar gambar semasa hari pertandingan:







Thursday, 7 April 2011

Pertandingan Tenis MSSD: SKC Johan, Tahniah adik Faizul Muhammad!

Sekolah Kebangsaan Clifford sekali lagi menempa nama dalam bidang sukan apabila Faizul Muhammad daripada kelas 6 Jujur telah berjaya mendapat Johan Pertandingan Tenis MSSD Kuala Kangsar apabila mengalahkan Anas daripada SK Syed Sheikh Al-Marbawi dengan keputusan 6-2. Beliau akan mewakili daerah Kuala Kangsar ke peringkat Negeri Perak yang akan dilangsungkan di Ipoh kelak. Kami sebagai warga SKCKK sangat berbangga dengan kejayaan ini, dan semoga SKCKK akan terus gemilang dalam bidang sukan dan permainan.

Gambar-gambar sekitar hari pertandingan:

Faizul Muhammad







Friday, 1 April 2011

Pasukan Nasyid 2011


Pasukan Nasyid SKC telah dibimbing oleh Pn. Shuliyana dan En. Aisyamudin. Pasukan ini telah mengambil bahagian dalam MTQ peringkat Zon Kuala Kangsar dan hanya mendapat hadiah saguhati. Walau bagaimanapun, sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan diharap agar pasukan nasyid SK Clifford akan terus maju dan jaya.

Pasukan Bola Sepak 2011


Alhamdulillah, pasukan bolasepak yang dilatih oleh En. Rosni, En. Manaf, En. Zaipol dan En. Nazmi telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Zon Kuala Kangsar setelah mengalahkan SK Talang dengan jaringan 1-0. Tahniah buat para pemain dan jurulatih dan semoga SK Clifford akan melahirkan lebih ramai pemain bolasepak yang berbakat.

Sekitar aksi perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4:











*Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Pasukan Bola Tampar 2011


Pasukan Bola Tampar SKCKK telah berjaya hingga ke pusingan suku akhir Pertandingan Bola Tampar Zon Kuala Kangsar. Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta dan juga buat jurulatih, En. Ahmad Shafie, Ust. Abdul Rahman dan En. Mohd Firdaus. Semoga kejayaan yang lebih baik akan dicapai pada tahun-tahun berikutnya.

Gambar sekitar pertandingan suku akhir: