Panorama SK Clifford

Lawatan Maya ke SK Clifford.

Lagu dan Logo Sekolah

Clifford Tercinta.

Pencapaian SK Clifford Kuala Kangsar

Ketahui pencapaian murid dan guru SK Clifford.

Selamat Datang!

Selamat Datang!

Thursday 17 November 2011

UPSR 2011

Senarai Nama Murid Yang Mendapat 5A UPSR 2011:
1. Afiq Afifi Bin Ishak
2. Ahmad Faris Syazwan Bin Muhammad Sawari
3. Mohamad Ahnaf Najian Bin Ghuzlan
4. Muhammad Hakim Bin Ramli
5. Muhammad Hisyamuddin Bin Ibrahim
6. Muhammad Shukrul Khair Bin Abdul Sukor
7. Puvendran a/l Ramachandran

4A 1B:
1. Khairul Hidayat Bin Khairuddin
2. Muhammad Imran Bin Jamaluddin
3. Muhammad Nabil Bin Ahmad Subhi

Tahniah diucapkan buat semua murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2011. Buat anak didik kami yang lain, jangan pernah berputus asa kerana ini hanyalah permulaan cabaran besar yang bakal ditempuh. Tahniah buat semua murid, guru yang banyak mengorbankan masa, wang dan tenaga, juga buat ibubapa yang senantiasa membantu dan menyokong. Kami warga SKC sangat berbangga dengan pencapaian ini, dan semoga SKC akan terus gemilang.



Gambar sekitar hari pengumuman keputusan: (Sila klik 'read more' untuk lihat gambar)

Buat En. Abdul Wahab Bin Mad Noor (Mantan GB SKCKK)


Acara Yang Telah Berlangsung

Assalamualaikum.
Admin SKC memohon maaf atas tiada 'update' terbaru di dalam blog untuk beberapa ketika. Ini adalah beberapa acara yang telah berlangsung di SKC:

1. Persaraan Puan Norlia
2. Mohd. Azim (Pendidikan Khas) telah berjaya mendapat Johan Azan (MTQ Pendidikan Khas) Peringkat Kebangsaan.
3. Majlis Khatam Quran.
4. Sambutan Hari Kanak-Kanak
5. En. Aisyamudin telah mewakili pasukan PSKPP daerah Kuala Kangsar (Seri Kuale) bagi pertandingan tarian rampai dan pasukan Seri Kuale telah mendapat Johan Negeri Perak.
6. Guru Besar SKC, En. Abdul Wahab Bin Mad Noor telah bersara pada 10 November 2011.

Semua gambar bagi acara di atas telah di muatnaik di laman Facebook SKC. InsyaAllah laman blog ini akan dukemaskini dari masa ke masa. Mohon maaf atas segala kesulitan.

Saturday 23 July 2011

Gambar: Hari Sukan SKC

Alhamdulillah, SKCKK telah berjaya melangsungkan Kejohanan Olahraga Tahunan pada 21 Julai 2011. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Tahniah kepada yang berjaya, bagi yang kurang bernasib baik, boleh cuba lagi tahun hadapan (tidak termasuk murid tahun 6 ye).

Sila klik 'Read More' untuk melihat gambar :)

Sunday 22 May 2011

Program Kem Bina Insan 2011

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Clifford telah menganjurkan Kem Bina Insan bagi murid Tahun 6. Seramai 47 peserta telah menyertai  Kem ini. Diharapkan kesemua peserta akan dapat menggunakan ilmu yang telah diperoleh dan dapat menjadi insan yang berguna.

Gambar-gambar sekitar kem (sia klik Read More)


Gambar Semasa Sambutan Hari Guru (19 Mei)

 Gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Guru Peringkat SKC


















Monday 16 May 2011

Malis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat SKC

Tanggal 16 Mei 2011, SKC telah mengadakan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah membaca perutusan, bacaan ikrar, nyanyian lagu tema hari guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Aktiviti-aktiviti lain akan diadakan pada hari Khamis kelak.

Gambar sekitar Majlis Pelancaran:




Seronok je Cikgu Lim dan Cikgu Suzana
Bacaan Doa oleh Ust. Hisham


Apa yang di gosip tu?
Ucapan GB
Mesti ada yang terkesan di hati ni :)
Cikgu Sirajudin dah macam YB
Bacaan Ikrar



Semasa sesi potret, Ust Rahman take the lead :)
Hasil terakhir (boleh wat wallpaper ni :D)

Pertandingan Eureka REEE @ SK Sultan Idris II

SKC telah menyertai pertandingan Eureka REEE yang telah diadakan di SKSI II, Kuala Kangsar. Terdapat 4 sekolah yang telah menyertai pertandingan ini, dan SKC kurang bernasib baik apabila cuma mendapat hadiah saguhati. ohan telah dimenangi oleh tuan rumah sendiri. Sekalung tahniah diucapkan buat peserta-peserta pertandingan dan juga tahniah bat pengurus pasukan, En. Nor Azaman dan En. Nasrul Fitri. Semoga SKC akan lebih beraya di masa akan datang.

Gambar-gambar sekitar pertandingan, sila klik 'Read More' untuk baca selanjutnya.

Saturday 14 May 2011

Selamat Hari Guru!


Aktiviti Sempena Hari Guru:

Isnin (16 Mei 2011) - Bacaan Perutusan

Khamis (19 Mei 2011) - Sukaneka
                                    - Persembahan

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Sunday 1 May 2011

Majlis Perpisahan Guru Praktikum - Nadzmi dan Firdaus

SKC telah mengadakan majlis perpisahan Guru Praktikum iaitu Saudara Nazmi dan Saudara Firdaus yang telah menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di SK Clifford. Kedua-dua guru pelatih ini belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Perak dan mengambil Opsyen Pendidikan Jasmani.Saudara Nadzmi yang berasal daripada Kedah telah banyak membantu dalam permainan bola sepak dan telah berjaya membantu Pasukan Bola Sepak Sekolah untuk mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan peringkat Zon Kuala Kangsar. Manakala Saudara Firdaus yang berasal daripada Perlis pula telah banyak menaburkan bakti dalam sukan bola tampar. Kami warga SKC mengucapkan ribuan terima kasih, dan jasa kalian tidak mungkin akan dapat kami balas. Semoga anda tidak sesekali akan melupakan SKC dan datanglah jika ada kesempatan lagi :)

*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas




Bacaan doa oleh Ust. Wan Azizan
Pengerusi Majlis - CIk Imbamalar

Ucapan Pengerusi Kelab Guru, En. Mohd Sirajuddin
Ucapan Wakil Guru Praktikum, Saudara Nadzmi

Saudara Firdaus
Saudara Nadzmi
Bergambar Kenangan

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 bersama Guru-Guru Mata Pelajaran Tahun 6

Guru-guru Tahun 6 bersama Pihak Pentadbir Sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan Ibu Bapa murid Tahun 6 pada hari Khamis, 28 April 2011.Dalam perjumpaan ini, aspek peningkatan akademik telah dibincangkan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Diharap perjumpaan ini akan memberikan kesan positif kepada peningkatan akademik SKCKK.