Panorama SK Clifford

Lawatan Maya ke SK Clifford.

Lagu dan Logo Sekolah

Clifford Tercinta.

Pencapaian SK Clifford Kuala Kangsar

Ketahui pencapaian murid dan guru SK Clifford.

Selamat Datang!

Selamat Datang!

Sunday 22 May 2011

Program Kem Bina Insan 2011

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Clifford telah menganjurkan Kem Bina Insan bagi murid Tahun 6. Seramai 47 peserta telah menyertai  Kem ini. Diharapkan kesemua peserta akan dapat menggunakan ilmu yang telah diperoleh dan dapat menjadi insan yang berguna.

Gambar-gambar sekitar kem (sia klik Read More)


Gambar Semasa Sambutan Hari Guru (19 Mei)

 Gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Guru Peringkat SKC


















Monday 16 May 2011

Malis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat SKC

Tanggal 16 Mei 2011, SKC telah mengadakan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah membaca perutusan, bacaan ikrar, nyanyian lagu tema hari guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Aktiviti-aktiviti lain akan diadakan pada hari Khamis kelak.

Gambar sekitar Majlis Pelancaran:




Seronok je Cikgu Lim dan Cikgu Suzana
Bacaan Doa oleh Ust. Hisham


Apa yang di gosip tu?
Ucapan GB
Mesti ada yang terkesan di hati ni :)
Cikgu Sirajudin dah macam YB
Bacaan Ikrar



Semasa sesi potret, Ust Rahman take the lead :)
Hasil terakhir (boleh wat wallpaper ni :D)

Pertandingan Eureka REEE @ SK Sultan Idris II

SKC telah menyertai pertandingan Eureka REEE yang telah diadakan di SKSI II, Kuala Kangsar. Terdapat 4 sekolah yang telah menyertai pertandingan ini, dan SKC kurang bernasib baik apabila cuma mendapat hadiah saguhati. ohan telah dimenangi oleh tuan rumah sendiri. Sekalung tahniah diucapkan buat peserta-peserta pertandingan dan juga tahniah bat pengurus pasukan, En. Nor Azaman dan En. Nasrul Fitri. Semoga SKC akan lebih beraya di masa akan datang.

Gambar-gambar sekitar pertandingan, sila klik 'Read More' untuk baca selanjutnya.

Saturday 14 May 2011

Selamat Hari Guru!


Aktiviti Sempena Hari Guru:

Isnin (16 Mei 2011) - Bacaan Perutusan

Khamis (19 Mei 2011) - Sukaneka
                                    - Persembahan

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Sunday 1 May 2011

Majlis Perpisahan Guru Praktikum - Nadzmi dan Firdaus

SKC telah mengadakan majlis perpisahan Guru Praktikum iaitu Saudara Nazmi dan Saudara Firdaus yang telah menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di SK Clifford. Kedua-dua guru pelatih ini belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Perak dan mengambil Opsyen Pendidikan Jasmani.Saudara Nadzmi yang berasal daripada Kedah telah banyak membantu dalam permainan bola sepak dan telah berjaya membantu Pasukan Bola Sepak Sekolah untuk mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan peringkat Zon Kuala Kangsar. Manakala Saudara Firdaus yang berasal daripada Perlis pula telah banyak menaburkan bakti dalam sukan bola tampar. Kami warga SKC mengucapkan ribuan terima kasih, dan jasa kalian tidak mungkin akan dapat kami balas. Semoga anda tidak sesekali akan melupakan SKC dan datanglah jika ada kesempatan lagi :)

*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas




Bacaan doa oleh Ust. Wan Azizan
Pengerusi Majlis - CIk Imbamalar

Ucapan Pengerusi Kelab Guru, En. Mohd Sirajuddin
Ucapan Wakil Guru Praktikum, Saudara Nadzmi

Saudara Firdaus
Saudara Nadzmi
Bergambar Kenangan

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 bersama Guru-Guru Mata Pelajaran Tahun 6

Guru-guru Tahun 6 bersama Pihak Pentadbir Sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan Ibu Bapa murid Tahun 6 pada hari Khamis, 28 April 2011.Dalam perjumpaan ini, aspek peningkatan akademik telah dibincangkan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Diharap perjumpaan ini akan memberikan kesan positif kepada peningkatan akademik SKCKK.