Selamat Datang!

Selamat Datang!

Friday 1 April 2011

Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Sekolah Kebangsaan Clifford adalah merupakan sebuah sekolah rendah lelaki premier di Bandar diRaja Kuala Kangsar. Terletak di Jalan Raja Perempuan Taayah, Kuala Kangsar iaitu kira-kira 2.5km daripada pusat Bandar Kuala Kangsar.

          Sejarah Sekolah Kebangsaan Clifford bermula dari sebuah Sekolah Melayu yang diasaskan pada tahun 1887. Pada tahun 1897 telah ditubuhkan sebuah sekolah Inggeris Kerajaan yang kemudiannya diberi nama ‘Sekolah Hogen’, mengambil sempena nama Guru Besarnya yang pertama iaitu James Percival Hogen. Ketika itu muridnya adalah seramai 40 orang.

          Pada tahun 1907, sekolah ini telah wujud sebagai sebuah sekolah campuran yang pertama di negeri Perak dengan pelaar perempuan seramai 21 orang. Untuk mengatasi masalah pertambahan pelajar perempuan di sekolah ini, sebuah sekolah khas bagi pelajar perempuan di Kuala Kangsar telah ditubuhkan dan dinamakan Sekolah Perempuan Methodist Kuala Kangsar, sementara sekolah ini dikhaskan hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

          Nama sekolah ini kemudiannya telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Clifford pada tahun 1928. Nama ini diambil sempena nama Sir Hugh Clifford, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu ketika itu.



          Perjalanan sekolah ini terjejas pada zaman pemerintahan Jepun. Selepas perang tamat, persekolahan disambung semula. Untuk mengatasi masalah pelajar yang kian bertambah, tiga buah cawangan sekolah ini telah dibuka pada tahun 1953 iaitu di Kota Lama Kanan, Sayong dan Padang Asam. Dalam era 1950, Sekolah Clifford adalah sekolah yang menjadi sanjungan rakyat.

          Pada tahun 1958, Sekolah Clifford telah berpecah dua kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pentadbirannya sahaa yang berasingan tetapi kemudahan seperti bangunan dan kantin masih lagi lagi menggunakan kemudahan yang sama. Mulai tahun 1961, pentadbiran sekolah ini berpecah semula apa bangunan khas Sekolah Rendah Clifford siap dibina di Jalan Raja Perempuan Taayah, iaitu bangunan yang ada sekarang ini.

          Pertambahan murid sekolah ini selepas itu sungguh menggalakkan dan ianya tlah menimbulkan masalah kekurang bilik darjah yang amat meruncing. Pada tahun 1968, murid Sekolah Rendah Clifford telah menumpang lima buah bilik darjah di Sekolah Menengah Clifford. Dalam tahun 1969, sekolah ini  telah mendapat bangunan sekolah kerajaan yang ditinggalkan oleh Sekolah Perempuan Kerajaan Kuala Kangsar di Kampung Basung. Penggunaan sekolah cawangan ini berlanjutan sehingga tahun 1975. Pada tahun 1970-an, bilangan murid sekolah ini telah merosot secara beransur-ansur. Ini adalah kerana dasar persamaan taraf sekolah-sekolah Melayu yang dinamakan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah-sekolah Inggeris yang dahulunya dinamakan Sekolah Jenis Kebangsaan.

          Mulai tahun 1975, sekolah cawangan di Kampung Basung diserahkan semula kepada kerajaan dan semua murid ditempatkan semula di bangunan yang ada sekarang di Jalan Raja Perempuan Taayah.

          Sehingga kini banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid sekolah ini dalam pelbagai bidang seperti kurikulum dan juga ko-kurikulum. Ramai di antara bekas murid sekolah ini yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di dalam maupun di luar negeri. Ada di antaranya yang telah menjadi bijak pandai dan banyak memberi khidmat bakti dan sumbangan yang tidak terhingga kepada agama, bangsa dan negara.

          Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini antara 1958 hingga sekarang adalah seperti berikut:
  • 1958-1961    MRS YAP HONG KUAN
  • 1962-1964    MRS P. SENTHIRAJAH
  • 1964-1977    MR FRANCIS HO SOOI
  • 1978-1982    ENCIK ALI BUDIN BIN IBRAHIM
  • 1982-1989    ENCIK ZAHARI BIN NGAH DIN
  • 1989-1991    ENCIK KAMARUDDIN BIN AHMAD
  • 1991-1992    TUAN HAJI HASHIM BIN SALIM
  • 1992-1993    TUAN HAJI HILALUDDIN @ SHAARI BIN OTHMAN
  • 1993-1994    ENCIK ADNAN BIN BUYUNG
  • 1994-1995    ENCIK ABDUL RAHMAN BIN MOHD SHAH
  • 1995-1997    ENCIK KHAIRUDDIN BIN OMAR
  • 1997-2004    ENCIK RAMLI BIN YAHYA
  • 2004-2007    TUAN HAJI ABD HALIM BIN HAJI SAFIE
  • 2007-2010    ENCIK ISMAIL BIN AMBIAH
  • 2010-2011   TUAN HAJI ABD WAHAB BIN MAD NOOR
  • 2011-2012    ENCIK ROSLAN BIN KECHIL
  • 2012-2014    ENCIK SUKERI BIN NGAH ABDULLAH
  • 2014-KINI   TN. HJ. MOHAMMAD RADZI BIN AWANG

8 komen:

Siti said...

saya bekas student yang dah lama zaman guru besaq cikgu ali budin 76-81 nama saya mohd adib b hj danial

Siti said...

saya bekas student yang dah lama zaman guru besaq cikgu ali budin 76-81 nama saya mohd adib b hj danial

Siti said...

saya bekas student yang dah lama zaman guru besaq cikgu ali budin 76-81 nama saya mohd adib b hj danial

PAK MAT TAHIR said...

Saya bekas pelajar semasa HM MR FRANCIS HO SOOI,bersekolah dari tahun 1967 hingga 1972 di doakan semoga SKC mencapai kejayaan yg cemerlang di segala lapangan.

Unknown said...

Awk beks student 1997-1998

Unknown said...

Saya bekas student 2006-2012

Abd Aziz said...

Saya belajar di SK Clifford (masa tu Sekolah Jenis Kebangsaan Clifford) tahun 1972 - 1977. Kelas setiap darjah dari A sampai G. darjah 2 di Basong.

Unknown said...

Tahun 1977 masih menggunakan nama SJK me?