Panorama SK Clifford

Lawatan Maya ke SK Clifford.

Lagu dan Logo Sekolah

Clifford Tercinta.

Pencapaian SK Clifford Kuala Kangsar

Ketahui pencapaian murid dan guru SK Clifford.

Selamat Datang!

Selamat Datang!

Monday, 4 April 2011

Bengkel Teknik Menjawab Soalan (Bahasa Melayu)

Tarikh: 2 April 2011
Tempat: Dewan SKC
Penceramah: En. Md Ramli bin Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SK Sungai Tungku, Teluk Intan)
Kesemua murid Tahun 6 terlibat.




Semoga segala ilmu yang telah disampaikan akan dapat digunakan. Terima kasih yang tidak terhingga buat En. Md. Ramli dari warga SK Clifford Kuala Kangsar.

Friday, 1 April 2011

Gambar: Sekitar Mesyuarat Agong PIBG









Pasukan Nasyid 2011


Pasukan Nasyid SKC telah dibimbing oleh Pn. Shuliyana dan En. Aisyamudin. Pasukan ini telah mengambil bahagian dalam MTQ peringkat Zon Kuala Kangsar dan hanya mendapat hadiah saguhati. Walau bagaimanapun, sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan diharap agar pasukan nasyid SK Clifford akan terus maju dan jaya.

Terima Kasih Buat Guru Pelatih School-Based Experince (SBE)

SK Clifford telah menerima 3 kumpulan guru pelatih yang menjalani SBE di SKC sepanjang Mac 2011.

Guru Pelatih dari IPG Kampus Darulaman, Opsyen Pendidikan Khas
Guru Pelatih dari IPG Kampus Darul Aman, juga Opsyen Pendidikan Khas
Sdr Lee dari IPG Kampus Tawau, Opsyen Pendidikan Jasmani
Besar harapan kami di SKC agar anda telah memperolehi maklumat yang diperlukan dan menimba pengalaman kehidupan seorang guru. Terima kasih kerana menjadikan SKCKK sebagai tempat untuk menjalani SBE.

Program Kepimpinan SK Clifford 2011


Program Kepimpinan Peringkat SK Clifford telah diadakan pada 26 Februari 2011 (Sabtu) di dewan SKCKK. Program yang telah dipengerusikan oleh Ust. Wan Azizan selaku Kaunselor Sekolah ini melibatkan Pengawas, Pengawas PSS dan Ketua Kelas bagi Tahun 4, 5, dan 6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan diharapkan kesemua peserta telah mendapat input yang berguna.

Pasukan Bola Sepak 2011


Alhamdulillah, pasukan bolasepak yang dilatih oleh En. Rosni, En. Manaf, En. Zaipol dan En. Nazmi telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Zon Kuala Kangsar setelah mengalahkan SK Talang dengan jaringan 1-0. Tahniah buat para pemain dan jurulatih dan semoga SK Clifford akan melahirkan lebih ramai pemain bolasepak yang berbakat.

Sekitar aksi perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4:











*Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Pasukan Bola Tampar 2011


Pasukan Bola Tampar SKCKK telah berjaya hingga ke pusingan suku akhir Pertandingan Bola Tampar Zon Kuala Kangsar. Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta dan juga buat jurulatih, En. Ahmad Shafie, Ust. Abdul Rahman dan En. Mohd Firdaus. Semoga kejayaan yang lebih baik akan dicapai pada tahun-tahun berikutnya.

Gambar sekitar pertandingan suku akhir:






Sekitar SKCKK



Gambar-gambar pemandangan sekitar SK Clifford Kuala Kangsar

Bangunan Utama
Kantin

Makmal Komputer




Dewan Sekolah

Pra Sekolah
Padang sekolah (Bersebelahan ialah SK Datin Khadijah)

Lagu & Logo Sekolah



Clifford

Sekolahku Tercinta

Berusaha Berbakti Cogan Kita

Pupuk Semangat Waja

Berjuang Demi Ibu Kandung

Majukan Diri Bina Negara

Bersatu Berpadu

Clifford


Senarai Staf Akademik SKC (Sesi 2011)

1.    TUAN HAJI ABDUL WAHAB BIN MAD NOOR (Guru Besar)
2.    PUAN RASHADAH BT. OTHMAN (Penolong Kanan Kurikulum)
3.    PUAN ZALEHA BT. ABDUL HAMID (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
4. TUAN HAJI ALI OTHMAN BIN DAYON (Penolong Kanan HEM)
5.    PUAN HAJAH NOORLIA BT.  ABDUL KADIR
6.    PUAN HAJAH PUTERI KHURSIAH BT. MANSOR
7.    PUAN MASTURA BT. ABU KASSIM
8.    ENCIK MOHD SIRAJUDDIN BIN ALLI
9.    PUAN SUZANALIZA BT. RAMIL
10.    ENCIK MEOR BAHARUDDIN BIN ZULKIFLI
11. PUAN SUZANA BT. MOHD ZAHRI
12. PUAN HARLIZA BT. HASSAN
13. PUAN AZIZAH BT. DAKLAN
14. ENCIK AHMAD SHAFEI BIN YUSOFF
15. PUAN DALIEH BT MAHMOOD
16. PUAN NOR AZLILA BT. AMRAN
17. ENCIK NOOR AZAMAN BIN MOHAMED
18. ENCIK ROSNI BIN MANSOR
19. ENCIK ABDUL MANAF BIN MUSTUKI
20. PUAN FATIMAH BT. MAHIDIN
21. PUAN FAUZIAH BT. MOKHTAR
22. ENCIK NASRUL FITRI BIN YAHAYA
23. CIK INBAMALAR A/P SELVARAJOO
24. ENCIK AISYAMUDIN BIN TAJUDDIN
25. PUAN DAYANG MASTURA BT. MOHD MUSA
26. PUAN MARDZIYAH BT. ABU HASSAN
27. TN. HJ. AHMAD HISHAM BIN ZAINAL
28. PUAN SHULIYANA BT. YAHYA
29. ENCIK ABD RAHMAN BIN AHMAD
30. PUAN NIK MASAAYU BT MUHAMMAD
31. PUAN SHARIFAH AMINAH WAFA BT. SYED NORDIN
32. PUAN LIM ENG BEE
33. ENCIK WAN AZIZAN BIN WAN WAN MASHOM
34. PUAN RUBITA BT. MOHD. ISA
35. PUAN NOOR SHAZREENA BT. UYOP
36. ENCIK MOHD. ZAIPOL BIN HAZARI
37. PUAN NORHAINI BT. ABDUL MAJID
38. CIK NOR EMYLIA BT. MOHAMED ASMUNI
39. CIK WAN RABIEATUL ADAWIYAH BT. MIOR OTHMAN
40. CIK ZAHANARIAH BT. ABDUL RAHMAN
41. PUAN MASITAH BT. ABDUL RASHID
42. PUAN RABITAH BT. HASHIM
43. PUAN FARIDAH BT. ABU SEMAN





Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Sekolah Kebangsaan Clifford adalah merupakan sebuah sekolah rendah lelaki premier di Bandar diRaja Kuala Kangsar. Terletak di Jalan Raja Perempuan Taayah, Kuala Kangsar iaitu kira-kira 2.5km daripada pusat Bandar Kuala Kangsar.

          Sejarah Sekolah Kebangsaan Clifford bermula dari sebuah Sekolah Melayu yang diasaskan pada tahun 1887. Pada tahun 1897 telah ditubuhkan sebuah sekolah Inggeris Kerajaan yang kemudiannya diberi nama ‘Sekolah Hogen’, mengambil sempena nama Guru Besarnya yang pertama iaitu James Percival Hogen. Ketika itu muridnya adalah seramai 40 orang.

          Pada tahun 1907, sekolah ini telah wujud sebagai sebuah sekolah campuran yang pertama di negeri Perak dengan pelaar perempuan seramai 21 orang. Untuk mengatasi masalah pertambahan pelajar perempuan di sekolah ini, sebuah sekolah khas bagi pelajar perempuan di Kuala Kangsar telah ditubuhkan dan dinamakan Sekolah Perempuan Methodist Kuala Kangsar, sementara sekolah ini dikhaskan hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

          Nama sekolah ini kemudiannya telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Clifford pada tahun 1928. Nama ini diambil sempena nama Sir Hugh Clifford, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu ketika itu.



          Perjalanan sekolah ini terjejas pada zaman pemerintahan Jepun. Selepas perang tamat, persekolahan disambung semula. Untuk mengatasi masalah pelajar yang kian bertambah, tiga buah cawangan sekolah ini telah dibuka pada tahun 1953 iaitu di Kota Lama Kanan, Sayong dan Padang Asam. Dalam era 1950, Sekolah Clifford adalah sekolah yang menjadi sanjungan rakyat.

          Pada tahun 1958, Sekolah Clifford telah berpecah dua kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pentadbirannya sahaa yang berasingan tetapi kemudahan seperti bangunan dan kantin masih lagi lagi menggunakan kemudahan yang sama. Mulai tahun 1961, pentadbiran sekolah ini berpecah semula apa bangunan khas Sekolah Rendah Clifford siap dibina di Jalan Raja Perempuan Taayah, iaitu bangunan yang ada sekarang ini.

          Pertambahan murid sekolah ini selepas itu sungguh menggalakkan dan ianya tlah menimbulkan masalah kekurang bilik darjah yang amat meruncing. Pada tahun 1968, murid Sekolah Rendah Clifford telah menumpang lima buah bilik darjah di Sekolah Menengah Clifford. Dalam tahun 1969, sekolah ini  telah mendapat bangunan sekolah kerajaan yang ditinggalkan oleh Sekolah Perempuan Kerajaan Kuala Kangsar di Kampung Basung. Penggunaan sekolah cawangan ini berlanjutan sehingga tahun 1975. Pada tahun 1970-an, bilangan murid sekolah ini telah merosot secara beransur-ansur. Ini adalah kerana dasar persamaan taraf sekolah-sekolah Melayu yang dinamakan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah-sekolah Inggeris yang dahulunya dinamakan Sekolah Jenis Kebangsaan.

          Mulai tahun 1975, sekolah cawangan di Kampung Basung diserahkan semula kepada kerajaan dan semua murid ditempatkan semula di bangunan yang ada sekarang di Jalan Raja Perempuan Taayah.

          Sehingga kini banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid sekolah ini dalam pelbagai bidang seperti kurikulum dan juga ko-kurikulum. Ramai di antara bekas murid sekolah ini yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di dalam maupun di luar negeri. Ada di antaranya yang telah menjadi bijak pandai dan banyak memberi khidmat bakti dan sumbangan yang tidak terhingga kepada agama, bangsa dan negara.

          Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini antara 1958 hingga sekarang adalah seperti berikut:
  • 1958-1961    MRS YAP HONG KUAN
  • 1962-1964    MRS P. SENTHIRAJAH
  • 1964-1977    MR FRANCIS HO SOOI
  • 1978-1982    ENCIK ALI BUDIN BIN IBRAHIM
  • 1982-1989    ENCIK ZAHARI BIN NGAH DIN
  • 1989-1991    ENCIK KAMARUDDIN BIN AHMAD
  • 1991-1992    TUAN HAJI HASHIM BIN SALIM
  • 1992-1993    TUAN HAJI HILALUDDIN @ SHAARI BIN OTHMAN
  • 1993-1994    ENCIK ADNAN BIN BUYUNG
  • 1994-1995    ENCIK ABDUL RAHMAN BIN MOHD SHAH
  • 1995-1997    ENCIK KHAIRUDDIN BIN OMAR
  • 1997-2004    ENCIK RAMLI BIN YAHYA
  • 2004-2007    TUAN HAJI ABD HALIM BIN HAJI SAFIE
  • 2007-2010    ENCIK ISMAIL BIN AMBIAH
  • 2010-2011   TUAN HAJI ABD WAHAB BIN MAD NOOR
  • 2011-2012    ENCIK ROSLAN BIN KECHIL
  • 2012-2014    ENCIK SUKERI BIN NGAH ABDULLAH
  • 2014-KINI   TN. HJ. MOHAMMAD RADZI BIN AWANG