Unit Bimbingan & Kaunseling SK Clifford telah menganjurkan Kem Bina Insan bagi murid Tahun 6. Seramai 47 peserta telah menyertai Kem ini. Diharapkan kesemua peserta akan dapat menggunakan ilmu yang telah diperoleh dan dapat menjadi insan yang berguna.
Gambar-gambar sekitar kem (sia klik Read More)
Pages - Menu
▼
Sunday, 22 May 2011
Monday, 16 May 2011
Malis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat SKC
Tanggal 16 Mei 2011, SKC telah mengadakan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah membaca perutusan, bacaan ikrar, nyanyian lagu tema hari guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Aktiviti-aktiviti lain akan diadakan pada hari Khamis kelak.
Gambar sekitar Majlis Pelancaran:
Gambar sekitar Majlis Pelancaran:
![]() |
| Seronok je Cikgu Lim dan Cikgu Suzana |
![]() |
| Bacaan Doa oleh Ust. Hisham |
![]() |
| Apa yang di gosip tu? |
![]() |
| Ucapan GB |
![]() |
| Mesti ada yang terkesan di hati ni :) |
![]() |
| Cikgu Sirajudin dah macam YB |
![]() |
| Bacaan Ikrar |
![]() |
| Semasa sesi potret, Ust Rahman take the lead :) |
![]() |
| Hasil terakhir (boleh wat wallpaper ni :D) |
Pertandingan Eureka REEE @ SK Sultan Idris II
SKC telah menyertai pertandingan Eureka REEE yang telah diadakan di SKSI II, Kuala Kangsar. Terdapat 4 sekolah yang telah menyertai pertandingan ini, dan SKC kurang bernasib baik apabila cuma mendapat hadiah saguhati. ohan telah dimenangi oleh tuan rumah sendiri. Sekalung tahniah diucapkan buat peserta-peserta pertandingan dan juga tahniah bat pengurus pasukan, En. Nor Azaman dan En. Nasrul Fitri. Semoga SKC akan lebih beraya di masa akan datang.
Gambar-gambar sekitar pertandingan, sila klik 'Read More' untuk baca selanjutnya.
Gambar-gambar sekitar pertandingan, sila klik 'Read More' untuk baca selanjutnya.
Saturday, 14 May 2011
Selamat Hari Guru!
Aktiviti Sempena Hari Guru:
Isnin (16 Mei 2011) - Bacaan Perutusan
Khamis (19 Mei 2011) - Sukaneka
- Persembahan
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Sunday, 1 May 2011
Majlis Perpisahan Guru Praktikum - Nadzmi dan Firdaus
SKC telah mengadakan majlis perpisahan Guru Praktikum iaitu Saudara Nazmi dan Saudara Firdaus yang telah menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di SK Clifford. Kedua-dua guru pelatih ini belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Perak dan mengambil Opsyen Pendidikan Jasmani.Saudara Nadzmi yang berasal daripada Kedah telah banyak membantu dalam permainan bola sepak dan telah berjaya membantu Pasukan Bola Sepak Sekolah untuk mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan peringkat Zon Kuala Kangsar. Manakala Saudara Firdaus yang berasal daripada Perlis pula telah banyak menaburkan bakti dalam sukan bola tampar. Kami warga SKC mengucapkan ribuan terima kasih, dan jasa kalian tidak mungkin akan dapat kami balas. Semoga anda tidak sesekali akan melupakan SKC dan datanglah jika ada kesempatan lagi :)
*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
![]() |
| Bacaan doa oleh Ust. Wan Azizan |
![]() |
| Pengerusi Majlis - CIk Imbamalar |
![]() |
| Ucapan Pengerusi Kelab Guru, En. Mohd Sirajuddin |
![]() |
| Ucapan Wakil Guru Praktikum, Saudara Nadzmi |
![]() |
| Saudara Firdaus |
![]() |
| Saudara Nadzmi |
![]() |
| Bergambar Kenangan |
Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 bersama Guru-Guru Mata Pelajaran Tahun 6
Guru-guru Tahun 6 bersama Pihak Pentadbir Sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan Ibu Bapa murid Tahun 6 pada hari Khamis, 28 April 2011.Dalam perjumpaan ini, aspek peningkatan akademik telah dibincangkan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Diharap perjumpaan ini akan memberikan kesan positif kepada peningkatan akademik SKCKK.




















































